Thursday, June 16, 2011

Sila Berhenti Angau!

Nora Elena dah habis. So isteri-isteri sekalian, sila pokus pada suami masing-masing.
Gua yang single dan masih solo secara fisiknya ini, terkecuali. Masih boleh goyang kaki sambil meratib nama Yvonne patplohpat kali sehari semalam. 


Kawan gua kata sapa dapat laki macam Seth Tan, hidup memang gila bahagia.
Gua pulak kata, sapa dapat laki macam setan, gila la lu olang sampai ke hospital bahagia.


Eh eh. Sejak bila gua yang jiwa lemah lembut ni melayan cerita romantik stail awek-awek ni!!!

Gua cuma layan drama-drama hindustan je. Biasalah. Gua punya Pittrina Asparagusti kan kacokkan Pakistan. Harusla gua lebih cenderung ke arah mengambik hati si teruna itu yang gagah perkasa macam Aaron Aziz, berhidung mancung macam Sarokkhan dan bermata hazel macam Bredpit. [sila jangan nak muntah over! lu bukan pregnan macam Nora Elena sampai dehidration!]


OK lah. 
Untuk pengisian entri kali ni, gua nak bagi kesimpulan cerita Nora Elena tu.
Sila baca bismillah dulu. Ilmu nih... Terapkan dalam hati sampai mati.



SETH TAN TU LAKONAN JE WEYH! JANGAN ANGAU LEBIH!!!!




Ni gua tujukan khas buat staff-staff kampeni bakhil yang sanggup OT semata-mata nak tengok Nora Elena kat pantry! 


NOTA: lu olang ada perasan tak nama Nora Elena ada dekat-dekat nama gua Nora Jelina???

Wednesday, June 8, 2011

V.I.P

Ohho. Gua AWOL tak hengat dari blog keluarga bahagia ni. Sorila gua bizi dengan sifat malas diri sendiri. [macam la lu olang kesah sangat kan??]


Gua punya cerita hari ni lebih kepada pengguna UNIFI. Gua pakai P1. So tak heran sangat la dengan unifi segala tu. Wifi gua nama MANOHARA. Lu olang mampu?? Kehkehkeh...

Bebalik ke stori pengguna UNIFI. Gua nak kasi highlight sikit kepada yang perasan sangat tu. Gua tau lu olang layan pakej speed paling hebat di Mesia-tanah-airku-tecinta-minyak-mahal-kekonon-ikut-pasaran-dunia. Tapi gua nak warning siap-siap. Lu olang bukan VIP hokkey bagi pehak TM tuh walaupon ada tulis VIP kat pakej lu olang. 


Jangan riak sangat nak maki hamun kalo intenet takdak sebab lu olang PERASAN lu olang adalah Very Important Person!!!!!


TIDAK lah bhaiii!!
VIP tu  bermaksud Video Internet Phone hokkkeyyyy!!!!!
Lu pakai UNIFI yg nama VIP tuh, tak bermakna lu punya kereta ada lane khas kat Federal Highway time peak hourssss!!!
Lu tetap rakyat marhaen biasa yang bayar cukai itu ini dan sedang bergembira dengan kenaikan rega itu dan ini dan itu macam gua, walaupon gua dah level retis hot yang sering jadi pelakon ekstra dalam filem2 holiwud dan koreawud..



nota: Lu olang yg sedar VIP tu adalah nama pakej, takyah nak sentap dan sembur gua. Gua marah untuk yg over sangat nak memaki tak tentu pasal.


p.s: Gua ada shooting esok. Cerita Hantu Kak Limah beli rumah panjang.